Isnin, 13 Februari 2012

Pemain Bola Sepak Paling kaya di Dunia




Pemain Bola Sepak Paling kaya di Dunia


Kerjaya bola sepak dunia amat menguntungkan jika pemain berjaya menjaringkan gol dengan banyak dan menjadi ayam tambatan bagi sesebuah pasukan (diingatkan, bola sepak dunia!). Gaji mingguan bagi pemain professionalseperti gaji tahunan kita. Fuh, dahsyat tu!! Majalah Forbes (ala, majalah yang suka buat kajian siapa yang paling itu dan ini) telah menyenaraikan bekas ketua pasukan Englad, iaitu David Beckham yang kini bermain di Liga Bola Sepak Utama (MSL) Amerika Syarikat, mendahului 10 pemain berpendapatan termahal sekali gus dianggap antara atlet terkaya di dunia sepanjang tahun lalu sehingga awal 2012. Majalah Forbes turut menyenaraikan pemain-pemain lain dengan mengambil kira gaji, bonus dan sokongan penajaan yang diperoleh di sebalik kegawatan ekonomi dunia.


1. David Beckham (ENGLAND)

Nilai bersih: AS$219 juta (RM663 juta)
Kelab sekarang: Los Angeles Galaxy (Amerika Syarikat)

Perjanjian sokongannya dengan Adidas merupakan yang terbesar dalam sukan hasil royalti daripada pakaian dan perkakasan bola sepak di samping jenama gaya hidup lain seperti ObyO. Dia juga menandatangani perjanjian dengan Samsung untuk menjadi duta jenama antarabangsanya.




2. Criastiano Ronaldo (PORTUGAL)

Nilai bersih: AS$160 juta (RM484 juta)
Kelab sekarang: Real Madrid (Sepanyol)

Menggunakan laman sosial untuk mengembangkan jenamanya. Dengan 26 juta peminat Facebook, dua kali ganda daripada mana-mana atlet lain dan 3 juta pengikut Twitter, mencipta daya tarikan buat penaja seperti Nike, Armani, Coca-Cola dan Castrol.




3. Lionel Messi (ARGENTINA)

Nilai bersih: AS$110 juta (RM333 juta)
Kelab sekarang: Barcelona (Sepanyol)

Dengan pendapatan tahunan AS16 juta (RM48 juta), dia baru-baru ini menjalin sokongan penajaan dengan Adidas, PepsiCo, Konami, Audemars Piguet, Chery dan AirEuropa. Gelaran Pemain Terbaik Dunia miliknya, mulai menjelmakan pelbagai peluang penajaan.




4. Ricardo Kaka (Brazil)

Nilai bersih: AS$100 juta (RM300 juta)
Kelab sekarang: Real Madrid (Sepanyol)

Pemain bersikap sederhana Brazil ini tampil pada kulit depan permainan video EA Sports FIFA Soccer 11. Francais FIFA itu telah terjual  100 juta unit sekali gus menjadi antara permainan paling popular keluaran EA Sports.




5. Ronaldinho (Brazil)

Nilai bersih: AS$90 juta (RM 272 juta)
Kelab sekarang: Flamengo (Brazil)

Kelab Flamengo Brazil mengambilnya sebagai belas Pemain Terbaik Dunia dua kali ini dengan satu perjanjian yang bertempoh sehingga 2014.



6. Thierry Henry (Perancis)

Nilai bersih: AS$60 juta (RM181 juta)
Kelab sekarang: New York Red Bulls (Amerika Syarikat) / Arsenal (England) *pinjaman

Biarpun perjanjian penajaan pemain Perancis berusia 34 tahun ini dengan Gilette berakhir dua tahun lalu, dia kemudian membeli sebuah apartmen di New York City yang berharga AS$14.9 juta (RM45 juta) selepas berpindah ke MLS, tahun yang sama.



7. Wayne Rooney (England)

Nilai bersih: AS$59 juta (RM 178 juta)
 Kelab sekarang: Manchester United (England)

Daripada menjadi rebutan penaja, dia menerima padah gara-gara sikap buruk di West Ham, tahun lalu sehingga kehilangan kontrak Coca-Cola bernilai 600,000 pound (RM2.86 juta) setahun. Dia bagaimanapun mengikat perjanjian lima tahun di Old Trafford yang bernilai 8 juta pound (RM38 juta) sekali gus melonjakkannya mengatasi pemain lain England.



8. Frank Lampard (England)

Nilai bersih: AS$43 juta (RM130 juta)
Kelab sekarang: Chelsea (England)

Pemain tengah England yang sukar merebut kesebelasan utama The Blues di bawah pengurusan baru Andres Villas-Boas ini, beroleh gaji AS$11 juta (RM33 juta) sebagai pemain professional.



9. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)

Nilai bersih: AS$43 juta (RM130 juta)
Kelab sekarang: AC Milan (Itali)

Pada musim panas 2009, dia berpindah ke Barcelona dengan harga 69 juta euro (RM275 juta), yuran perpindahan kedua tertinggi dalam sejrah bola sepak, namun hayat kariernya di kelab Sepanyol itu singkat dan terpaksa kembali ke Serie A Itali musim berikutnya dengan nilai perpindahan, 24 juta euro (RM95 juta). Pada musim luruh 2007, dengan bantuan Nike, dia membiayai pembinaan padang bola sepak baru dekat bandar halamannya, Rosengard yang dilengkapi pelbagai kemudahan.



10. Samuel Eto’o (Cameroon)

Nilai bersih: AS$40 juta (RM121 juta)
Kelab sekarang: FC Anzhi Makhachkala (Rusia)

Sepanjang tahun lalu, penyerang Cameroon ini sudah menambah Puma dan Ford sebagai penajanya. Pemain Terbaik Afrika empat kali ini menyertai kelab Rusia itu dari AC Milan dengan perjanjian tiga tahun lalu dan gaji tahunan, AS$28.8 juta (RM87 juta) serta yuran perpindahan, (RM 117 juta).

Tiada ulasan: